25 Mac 2009

Ajaran-Ajaran Praktis Dalam Tasauf.(Bab ii)







Pada pembahasan sebelumnya telah dijelaskan tentang pentingnya ilmu tasauf dan peranannya yang signifikan dalam membentuk keperibadian seseorang muslim yang sempurna.Tidak diragukan lagi bahawa tasauf merupakan aplikasi praktis dari ajaran-ajaran islam.Tasauf memperhatikan perbaikan aspek lahiriyah manusia,memakmurkan aspek batinnya,meluhurkan akhlaknya,serta memperbaiki ibadah dan muammalahnya.

Para pemuka sufi tidak hanya menjelaskan kepada murid tentang hukum dan adab syariat secara teori.Tapi lebih dari itu,mereka menuntun melangkah bersama di tangga-tangga pendakian, menemani di semua sudut perjalanan untuk mencapai Allah dan meluruskan perilaku di kala menyimpang.Begitulah para pemuka sufi membentuk ajaran praktis bagi murid mereka,sehingga dia dapat meraih tiga dasar ajaran agama,yakni iman,islam,ihsan.

Sufi adalah pendahulu dalam amal dan perilaku,bukan pendahulu dalam ucapan.Betapa mudahnya mengucapkan dan mengajarkan sesuatu.Tapi betapa sulitnya mengamalkan dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Didalam pembahsan ini akan dihuraikan tentang amal-amal praktis terpenting yang diaplikasikan oleh kalangan sufi dalam mencapai keredahan dan makrifat kepada Allah.Amal-amal praktis dalam ajaran tasauf ini tidak lain adalah aplikasi dari apa yang terkandung di dalam al-quran serta tauladan terhadap Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.Pada prinsipnya,kalangan sufi tidak menciptkan seseuatu kaedah mahupun ajaran baru.Mereka hanya berjalan mengikuti ucapan,perbuatan dan budi perkerti Rasulullah s.a.w.

07 Mac 2009

Hakikat Tasauf.Bab 1 ( Fungsi Tasauf i

Ilmu Tasauf adalah ilmu yang khusus memfokuskan kajiannya untuk mengetahui aib hati dan cara pengubatannya.Dengan ilmu tasauf,semua penghalang jiwa dapat dibenteras dan semua sifat yang tercela dapat dibersihkan,sehingga seorang sufi dapat membebaskan hatinya dari selain Allah dan menghiasinya dengan zikir kepada-nya.

Menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang sempurna,seperti taubat,taqwa,istiqamah,jujur,ikhlas,zuhud,tawakal,redha,berserah diri,cinta kasih,zikir,muraqabah dan sifat-sifat terpuji lainnya, merupakan tujuan tasauf.Para sufi sangat berjasa dalam mentransformasikan warisan kenabian ini,baik secara teori ataupun secara praktis ,sebagaimana terungkap dalam sebuah syair berikut,

mereka menolak dosa dan penyakit dan mensucikan jiwa dan raga mereka sampai kepada hakikat iman dan meniti jalan menuju ihsan

Tasauf sangat memperhatikan aspek hati dan jiwa.Namun tasauf juga tidak meminggirkan aspek ibadah zahir dan harta.Tasauf telah merumuskan kaedah praktis yang dapat mengantarakan seorang muslim ke tingkat kesempurnaan iman dan akhlak.Tasauf bukanlah hanya berupa bacaan wirid dan zikir,sebagaimana yang dianggap oleh sebilangan orang selama ini.

Ada sesuatu yang telah hilang di benak fikiran ramai,iaitu bahawa tasauf adalah cara praktis dan sempurna yang dapat mengubah keperibadian sesorang yang sesat dan menyimpang menuju kepada keperibadian yang lurus,ideal dan sempurna.Dan perubahan itu mencakupi aspek kebenaran iman,ibadah yang ikhlas,muamalah yang baik dan akhlak yang terpuji.

Dari huraian diatas,jelaslah fungsi dan faedah tasauf bagi kita. Tasauf adalah roh dan jantung Islam yang berdenyut.Sebab agama ini tidak hanya amalan-amalan lahiriyah dan formalistik yang tidak memiliki roh sahaja.

Kaum muslimin tidak akan mengalami kemerosotan dan kelemahan, kecuali ketika mereka kehilangan roh dan peganggan islam,dan yang tertinggal dalam diri mereka hanyalah kulit dan sesuatu yang lahir belaka.

Oleh kerana itu,para ulama dan para mursyid mengajak manusia untuk bergabung dan belajar secara terus menerus bersama kelompok sufi,agar mereka dapat mengharmonikan antara jiwa dan raga,dan merasakan makna dari kebersihan hati dan keluhuran budi pekerti dan mencapai makrifatullah dengan seyakin-yakinnya, sehingga hati mereka dihiasi cinta,muraqabah,dan zikir kepadanya.

Setelah menguji kebenaran tariqat tasauf,mengamati nilai-nilainya dan merasakan buahnya,Abu Hamid Al-Ghazali mengatakan, Bergabung dengan golongan sufi adalah fardhu ain,sebab tidak seorang pun bebas dari aib atau kesalahan kecuali Nabi.

Abu Hasan Asy-Syadzili berkata, “ Barangsiapa tidak menyelami dalam ilmu tasauf maka dia akan mati dalam keadaan berdosa besar,sedang ia tidak menyedarinya”.

Ketika memberikan komen tentang pertanyaan ini,Ibnu Allan ash-Shiddiqi berkata, “ Kenyataan Abu Hasan asy-Syadzili ini adalah benar.Sebab,apakah ada orang yang berpuasa,sedang dia tidak kagum dengan puasanya?Apakah ada orang yang solat,sedang dia tidak kagum dengan solatnya?Demikianlah halnya amal-amal lainnya.

Kerana nampak jalan tasauf ini sangat sulit bagi orang yang hatinya lemah,maka perlulah manusia menitinya dengan penuh tekad,kesabaran dan kesungguhan,agar dia dapat selamat dari laknat dan kemarahan Allah Swt.

Fudhail ibn Iyadh r.a. berkata, “ Titilah jalan kebenaran,dan jangan merasa kesepian kerana sedikitnya orang menitinya. Jauhilah jalan kebatilan dan jangan terpedaya oleh banyaknya orang yang binasa.Jika engkau merasa kesepian kerana kesendirianmu,maka lihatlah pendahulumu dan bertekadlah untuk bergabung bersama mereka.Tutuplah pandanganmu dari yang lain,sebab mereka tidak akan mampu menghalangimu dari siksa Allah.Jika mereka berteriak memanggilmu di kala engkau berjalan,maka jangan melirik kepada mereka,sebab jika engkau melirik maka mereka akan mengambil dan menghalangimu.

06 Mac 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1.(Fungsi Tasauf ii)

85246159

      Dalam buku Mar'aqi al-falah disebutkan bahawa kesucian lahiriyah tidak berguna jika tidak diiringi dengan kesucian batin, iaitu sifat ikhlas dan mensucikan hati dari dendam,tipu daya, dengki,iri hati,dan segala sesuatu selain Allah.Seseorang harus menyembah Allah kerana zat-nya semata-mata,bukannya kerana sebab yang lain.Dengan demikian ,dia akan menjadi hamba yang tunggal bagi Allah yang maha esa.

Hassan Al-Basri berkata dalam Syairnya,

Betapa banyak orang yang tertutup direnggut oleh nafsunya     hingga dia tertelanjang dari pakaian  yang menutupinya           orang yang menuruti hawa nafsunya adalah budak                        jika dia menguasai hawa nafsunya,maka ia menjadi raja.

Jika sesorang hamba mengerjakan segala tugas yang dibebankan kepadanya dengan reda dan ikhlas hanya untuk Allah,maka dia akan memperolehi pertolongan dari arah mana pun dia menghadap Allah.Dan Allah akan mengajarinya apa-apa yang belum diketahuinya .Dalam Hasyiyah-nya,At-Thahawi menyebutkan bahawa dalil semua itu adalah firman Allah SWT,

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,nescaya Allah akan mengajar kamu .”

                                                      (Al-Baqarah: 282)

Sebagaiman tidak elok bagi seseorang untuk tampil di khalayak ramai dengan pakaian yang kotor,tidak layak juga baginya untuk membiarkan hatinya dalam keadaan kekotoran oleh sifat-sifat keburukan yang tersembunyi,sebab hati adalah tempat yang dipandang oleh Allah SWT.

Seorang penyair berkata,

Engkau ubati tubuhmu agar kekal sehat,dan hatimu yang kekal engkau biarkan sakit.

Penyakit hatilah yang menjadi penyebab seseorang jauh dari Allah dan dari syurganya yang kekal.Dalam hal ini Rasul s.a.w. bersabda,

Tidak akan masuk syurga,orang yang didalam hatinya ada sedikit saja kesombongan.”

                                                   (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini dapat difahami bahawa selamatnya seseorang di akhirat kelak adalah kerana selamatnya hati dari ragam penyakit tersebut.

Kerap kali orang tidak dapat melihat aib dan penyakit hatinya. Dia beranggapan bahawa dirinya telah sempurna,padahal dia masih jauh dari kesempurnaan.Bagaimana cara untuk mengetahui penyakit hati tersebut? Dan apakah cara praktis untuk mengubati dan melepaskan diri dari masalah tersebut?

Jawapannya tidak lain adalah dengan tasauf,Ibnu Zakwan menyatakan dalam sebuah syairnya,

“Ia adalah ilmu yang dengannya batin disucikan dari segala kotoran jiwa diberbagai tempat.”

Ketika menerangkan syair ini, al-manjuri menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kekotoran jiwa adalah segala aib dan sifat yang tercela,seperti dendam,dengki,iri hati,suka dipuji, angkuh,suka mempamerkan diri,marah,tamak,kedekut,cinta dunia lebih dari akhirat,merendah-rendahkan orang miskin dan banyak lagi.