06 Mac 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1.(Fungsi Tasauf ii)

85246159

      Dalam buku Mar'aqi al-falah disebutkan bahawa kesucian lahiriyah tidak berguna jika tidak diiringi dengan kesucian batin, iaitu sifat ikhlas dan mensucikan hati dari dendam,tipu daya, dengki,iri hati,dan segala sesuatu selain Allah.Seseorang harus menyembah Allah kerana zat-nya semata-mata,bukannya kerana sebab yang lain.Dengan demikian ,dia akan menjadi hamba yang tunggal bagi Allah yang maha esa.

Hassan Al-Basri berkata dalam Syairnya,

Betapa banyak orang yang tertutup direnggut oleh nafsunya     hingga dia tertelanjang dari pakaian  yang menutupinya           orang yang menuruti hawa nafsunya adalah budak                        jika dia menguasai hawa nafsunya,maka ia menjadi raja.

Jika sesorang hamba mengerjakan segala tugas yang dibebankan kepadanya dengan reda dan ikhlas hanya untuk Allah,maka dia akan memperolehi pertolongan dari arah mana pun dia menghadap Allah.Dan Allah akan mengajarinya apa-apa yang belum diketahuinya .Dalam Hasyiyah-nya,At-Thahawi menyebutkan bahawa dalil semua itu adalah firman Allah SWT,

Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,nescaya Allah akan mengajar kamu .”

                                                      (Al-Baqarah: 282)

Sebagaiman tidak elok bagi seseorang untuk tampil di khalayak ramai dengan pakaian yang kotor,tidak layak juga baginya untuk membiarkan hatinya dalam keadaan kekotoran oleh sifat-sifat keburukan yang tersembunyi,sebab hati adalah tempat yang dipandang oleh Allah SWT.

Seorang penyair berkata,

Engkau ubati tubuhmu agar kekal sehat,dan hatimu yang kekal engkau biarkan sakit.

Penyakit hatilah yang menjadi penyebab seseorang jauh dari Allah dan dari syurganya yang kekal.Dalam hal ini Rasul s.a.w. bersabda,

Tidak akan masuk syurga,orang yang didalam hatinya ada sedikit saja kesombongan.”

                                                   (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini dapat difahami bahawa selamatnya seseorang di akhirat kelak adalah kerana selamatnya hati dari ragam penyakit tersebut.

Kerap kali orang tidak dapat melihat aib dan penyakit hatinya. Dia beranggapan bahawa dirinya telah sempurna,padahal dia masih jauh dari kesempurnaan.Bagaimana cara untuk mengetahui penyakit hati tersebut? Dan apakah cara praktis untuk mengubati dan melepaskan diri dari masalah tersebut?

Jawapannya tidak lain adalah dengan tasauf,Ibnu Zakwan menyatakan dalam sebuah syairnya,

“Ia adalah ilmu yang dengannya batin disucikan dari segala kotoran jiwa diberbagai tempat.”

Ketika menerangkan syair ini, al-manjuri menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kekotoran jiwa adalah segala aib dan sifat yang tercela,seperti dendam,dengki,iri hati,suka dipuji, angkuh,suka mempamerkan diri,marah,tamak,kedekut,cinta dunia lebih dari akhirat,merendah-rendahkan orang miskin dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan