13 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1(Fungsi Tasauf)

Hakikat Tasauf

Beban-beban syariat yang diperintahkan kepada manusia dapat dibagi menjadi dua kategori.Pertama,hukum-hukum yang berkaitan dengan amal-amal lahiriah.Kedua,hukum-hukum yang berkaitan dengan amal-amal batin.Dengan kata lain,ada amal yang berkaitan  dengan perbuatan lahir manusia dan ada amal yang berkaitan dengan hati manusia.

Amal-amal yang berkaitan dengan sifat luaran manusia terbahagi kepada dua.Pertama,perintah seperti solat,zakat,haji  dan lain-lain. Kedua,larangan,seperti membunuh,berzina,mencuri,meminum arak, dan lain-lain.

Amal-amal yang berkaitan dengan dengan hati juga terbahagi kepada dua,yakni perintah dan larangan.Yang brekenaan dengan perintah adalah beriman kepada Allah,malaikatnya,kitab-kitabnya, dan rasul-rasulnya.Demikian juga perintah untuk ikhlas,redha, jujur, khusyuk,tawakal dan sebagainya.Sedangkan yang berkaitan dengan larangan adalah kufur,munafik,sombong,ujub,riak,menipu,dendam, dengki,khianat,dan lain-lainnya.

Amal-amal kategori yang kedua yang berkaitan dengan hati lebih penting dan lebih utama dari amal-amal kategori yang pertama dalam pandangan Allah swt,meskipun kedua-duanya adalah sama pentingnya,sebab batin adalah lebih dasar sumber dari lahiriyah. Amal-amal batin adalah titik tolak dari amal-amal lahiriyah. Rosaknya amal-amal batin akan mengakibatkan rosaknya amalan lahiriyah.

“Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan tidak mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”  (Al-Kahfi: 110)

Oleh kerana itu Rasulullah saw memperingatkan kepada para sahabat untuk memperhatikan masalah memperbaiki hati.Beliau juga menjelaskan bahawa baiknya sesorang bergantung pada baiknya hati dan terhapus hatinya dari penyakit-penyakit yang tersembunyi.Rasulullah saw bersabda,

Ingatlah! Didalam tubuh manusia ada segumpal darah,jika dia baik,maka baiklah seluruh tubuhnya,Dan jika dia Rosak,maka Rosaklah seluruh tubuhnya.Segumpal darah itu adalah Hati.”

                                                 Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Nabi saw. juga mengajarkan kepada para sahabat bahawa Allah swt hanya akan melihat hati hamba-hambanya.Beliau bersabda,

Sesungguhnya Allah tidak akan melihat jasad dan bentuk tubuh kamu.Akan tetapi Allah akan melihat hati kamu.(H.R Bukhari)

Jika diukur diri sesorang manusia bergantung kepada baik atau buruknya hati sesorang, yang merupakan hasil dari sumber amalan lahiriyah yang dilakukan,maka adalah dituntut untuk memperbaiki hati dengan membebaskan diri dari sifat-sifat yang tercela yang dilarang oleh Allah swt dan menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji seperti yang diperintahkan oleh Allah swt.Dengan itu hati akan menjadi sihat dan bersih dan tergolong didalam orang-orang yang mendapat kemenangan,selamat dan beruntung di akhirat.

Allah berfirman,”Pada hari saat harta dan anak-anak tidak lagi berguna,kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih.” (As-syu’ara: 88-89)

Membersihkan hati dan mensucikan jiwa adalah termasuk kewajipan individu (fardhu ain) yang paling penting dan perintah Allah swt yang paling utama,berdasarkan al-quran,hadis dan pendapat-pendapat ulamak.

Dari Kitab Hakikat Tasauf (Syaikh Abdul Qadir Isa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan