12 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1(Sejarah Perkembangan Tasauf iii)

 

Hakikat Tasauf Kenyataan terakhir Ibnu Khaldun menyatakan bahawa munculnya tasauf dan sufi  adalah disebabkan terlenanya umat islam dengan urusan keduniaan pada abad kedua hijrah.Oleh itu adalah wajar orang-orang yang tekun beribadah ketika itu mengambil satu nama yang dapat membezakan diri mereka dari orang-orang yang sibuk dengan urusan keduniaan.

Dalam kitabnya,Al- Intishar li Thariq ash-shufiyyah,Muhammad Shadiq Al-Ghumari mengatakan bahawa pendapat Ibnu Khaldun mengenai sejarah munculnya tasauf ini diperkuat oleh pendapat yang disampaikan oleh Al-kindi dalam kitab Wulat Mishr,dalam pembahasan mengenai peristiwa-peristiwa yang terjadi pada tahun 200 hijrah.Pada waktu itu,di kota iskandariyah muncul sekelompok orang yang dinamakan sufi,yang menyeru kepada kebaikan.Selain itu,pendapat Ibnu Khaldun di atas diperkuat dengan pendapat al-mas'udi di dalam kitab Muruj adz-Dzhab.Al-mas'udi meriwayatkan dari Yahya ibn Akstam bahawa pada satu hari Khalifah Makmun sedang duduk di istana,ketika Ali ibn Shaleh masuk sambil berkata “Wahai Amirul mukminin ! Ada seorang lelaki di luar. Dia memakai pakaian putih yang kasar dan memohon untuk bertemu denganmu untuk membincangkan sesuatu.Dan setahuku dia berasal dari kalangan sufi.”

Cerita kedua di atas memperkuatkan lagi kenyataan Ibnu Khaldun sekitar sejarah awal perkembangan tasauf.Dalam Kasyf azh-Zhunun,Haji Khalifah menyebutkan bahawa orang yang pertama kali dinamakan dengan sufi adalah Abu Hasyim ash-shufi yang wafat pada tahun 150 Hijrah.

Ketika membahas sekitar ilmu tasauf dalam kitab tersebut,Haji Khalifah mengambil pendapat yang disampaikan oleh al-qusyairi “ketahuilah bahawa kaum muslimin sesudah rasul s.a.w. tidak menamakan orang-orang yang paling utama di antara mereka dengan nama selain sahabat.Setelah era sahabat,manusia berselisih dan tingkatan mereka semakin berbagai-bagai bentuk.

Orang yang tekun menjalankan di sebut Zahid (ahli zuhud) atau abid (ahli ibadah).Kemudian muncullah bid’ah,dan setiap kelompok mereka ada orang yang berlaku zuhud.Setelah itu,ahli zuhud dari kalangan Ahli Sunnah,yang sentiasa memelihara hubungan mereka dengan Allah swt dan menjaga hati mereka dari kelalaian,menggunakan istilah tasauf secara khusus.Istilah ini telah popular di kalangan mereka sebelum abad kedua hijrah.

Dari data sejarah di atas,dapat disimpulkan bahawa tasauf bukanlah sesuatu yang baru dalam islam.Dasar dari ajaran tasauf diserap dari sejarah dan sirah Rasulullah saw dan para sahabatnya.Tasauf tidak diserap dari dasar yang tidak ada hubungannya dengan islam,sepeti yang didakwa oleh sebahagian orientalis dan murid-murid mereka.

Mereka menciptkan nama-nama baru dan menyamakan tasauf dengan ajaran Budhha,rahib dalam ajaran kristian ataupun dalam ajaran Hindu.Mereka mengatakan bahawa ada tasauf Budhha, tasauf Hindu,tasauf kristian,tasauf parsi,dan lain-lain.Tujuan yang hendak mereka capai,selain untuk memburukan nama tasauf juga untuk menuduh bahawa asal mula perkembangan tasauf adalah dari sumber-sumber kuno dan aliran-aliran falsafah yang sesat.

Akan tetapi,seorang mukmin tidak mungkin terikut-ikut dalam aliran pemikiran mereka,dan tidak akan terseret dalam tipu daya mereka.Seorang mukmin akan berusaha untuk mengungkai setiap persoalan dan mencari kebenaran yang hakiki.Dia akan berpandangan bahawa tasauf merupakan aspek praktis dari ajaran islam,dan bahawa tidak ada tasauf kecuali tasauf islam.

Dari Kitab Hakikat Tasauf (Syaikh Abdul Qadir Isa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan