11 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1(Sejarah perkembangan Tasauf. ii )

 

hakikat tasauf para sufi generasi pertama telah membangunkan asas tariqat mereka berdasarkan ilmu yang mereka ambil dari para ulama yang dipercayai sebagaimana terdapat didalam sejarah islam.

Sejarah perkembangan tasauf dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah fatwa yang disampaikan oleh Muhammad Shadiq Al-Ghumari seorang pakar dalam bidang hadis.Pada satu hari ia ditanya oleh sesorang tentang siapa yang pertama mendirikan tasauf,dan apakah tasauf berlandaskan pada wahyu samawi.Dia menjawab bahawa asas asas dari tariqat adalah dari wahyu samawi yang merupakan dari sebahgian dari ajaran islam yang dibawa oleh rasul s.a.w.

Tidak diragukan lagi bahawa tariqat atau tasauf adalah maqam ihsan dan ihsan adalah salah satu dari tiga elemen dasar agama,sebagaimana diterangkan oleh rasul s.a.w. dalam sebuah sabdanya setelah menjelaskan ketiga elemen dasar tersebut, “ Ini adalah Jibiril yang datang untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu.” Ketiga elemen dasar agama tersebut adalah Islam,Iman dan ihsan.

Islam adalah ketaatan dan ibadah,Iman adalah cahaya dan akidah. Sedangkan Ihsan adalah maqam muraqabah (pengawasan) dan musyahadah (Pengelihatan),sebagaimana terakam dalam sabda rasul s.a.w.

“Ihsan adalah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatnya,Sekiranya engkau tidak (yakin) melihatnya,maka (Yakinlah) Allah melihatmu.”

Hadis tersebut menerangkan tentang tiga elemen dasar islam, barangsiapa meninggalkan maqam ihsan,yakni tariqat atau tasauf maka tidak diragukan lagi bahawa kekurangannya dalam beragama kerana ia telah meninggalkan salah satu dari elemen dasar agama. Sasaran yang hendak dicapai oleh tariqat atau tasauf adalah maqam ihsan setelah memperbaiki Islam dan iman.

Dalam mukadimah Ibnu khaldun,ia berkata," Ilmu tasauf adalah salah satu di antara ilmu-ilmu syariat yang baru dalam islam.Asal mulanya ialah amal perbuatan ulama salaf dari para sahabat tabiin dan orang sesudah mereka.Dasar tasauf adalah tekun beribadah,memutuskan jalan selain menuju kepada allah,berpaling dari segala kemegahan, kemewahan dunia,melepaskan diri dari apa yang diinginkan oleh kebanyakan manusia berupa kelazatan harta dan pangkat,serta mengasingkan diri dari makhluk dan berkhalwat(bersunyian) untuk beribadah kepada Allah s.w.t.Yang demikian sangat umum dilakukan oleh para sahabat dan ulamak salaf.Apabila manusia mula condong dan terlena kepada urusan dunia pada abad kedua dan sesudahnya,nama sufi telah dikhususkan kepada oran-orang yang tekun beribadah saja."

Dari Kitab Hakikat Tasauf(Syaikh Abdul Qadir Isa)

Tiada ulasan: