10 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1 (Akar kata Tasauf)

 

Hakikat Tasauf

Terdapat bermacam-macam pendapat mengenai akar kata tasauf.Ada yang mengatakan bahawa kata tasauf berasal dari kata shufah(kain dari bulu).Dinamakan demikian kerana kepasrahan seorang sufi kepada Allah swt ibarat kain wool yang dibentangkan.

Ada yang berpendapat bahawa kata tasauf berasal dari kata shifah (sifat) sebab ,seorang sufi adalah orang yang menghiasi diri dengan segala sifat terpuji dan meninggalkan setiap sifat tercela.

Ada yang berpendapat bahawa kata tasauf berasal dari kata shafa (bersih).Abu fath al-Basti mengatakan dalam sebuah syair,

Orang berselisih dan berbeza pendapat tentang sufi,       sebahagian berpendapat bahawa ia berasal dari kata shuf     dan aku tidak memberikan nama ini kecuali untuk pemuda yang membersihkan diri,sehingga dia dinamakan sufi.

Ada yang berpendapat bahawa kata tasauf berasal dari kata shuffah (Sufah).sebab,seorang sufi mengikuti Ahli Suffah dalam sifat yang telah ditetapkan oleh Allah swt bagi mereka,sebagaimana dalam firmannya “Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka” (QS. Al-Kahfi:28)

Dan ahli sufah adalah generasi pertama dikalangan sufi.Potret kehidupan mereka dalam menjalankan ibadah dengan penuh keikhlasan telah menjadi teladan utama bagi generasi sufi pada masa-masa berikutinya.

Al-Qusyairi berpendapat bahawa  akar kata tasauf adalah kata shafwah (orang pilihan atau suci)

Disamping itu,ada yang berpendapat bahawa kata tasauf berasal dari kata shaff (saf).Seolah-olah para sufi berada di saf pertama dalam menghadapkan diri kepada Allah dan berlumba-lumba untuk melakukan ketaatan.

Sebahagian di kalangan mengatakan bahawa kata tasauf dinisbatkan kepada kain wool yang kasar (shuf khasyin).sebab para sufi sangat gemar memakainya sebagai simbol zuhud dan kehidupan yang keras.

Menurut Syaikh Abdul Qadir Isa,meskipun terdapat bermacam-macam pendapat tentang akar kata tasauf,namun kata ini sudah terlanjur popular,sehingga tidak perlu lagi didefinasikan dengan berbagai-bagai istilah.

Pengingkaran sebahagian terhadap kata tasauf kerana istilah ini belum dikenal pada masa sahabat dan tabiin.Sebab,banyak sekali istilah yang muncul dan digunakan setelah masa sahabat tanpa ada yang mengingkari,seperti istilah nahu,fikih dan mantik.

Dengan demikian,Syaikh Abdul Qadir Isa tidak terlalu memperhatikan bermacam-macam ungkapan dan kata asal tasauf kerana menurutnya lebih baik memfokuskan perhatian pada isi dan matlamat tasauf itu sendiri.Yang dimaksudkan dengan tasauf adalah usaha untuk membersihkan jiwa,memperbaiki akhlak dan mencapai maqam ihsan.Inilah yang dinamakan dengan tasauf.Boleh dikatakan bahawa tasauf adalah aspek kerohanian atau aspek ihsan,atau aspek akhlak dalam islam.Namun demikian para ulama sufi telah mewarisi kata dan hakikat tasauf daripada pendahulu mereka sejak awal islam sehinggalah kini sudah menjadi tradisi bagi mereka untuk menggunakan kata tasauf.

 

Dari Kitab Hakikat Tasauf (Syaikh Abdul Qadir Isa)

Tiada ulasan: