09 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1.(Mengenal Tasauf.)

Hakikat Tasauf Defenisi Tasauf.

      Zakaria al-ansari berkata, ‘Tasauf adalah ilmu yang dengannya  boleh  mengetahui  tentang  pembersihan jiwa,memperbaiki budi pekerti serta pembangunan lahir          dan batin,untuk memperolehi kebahagian yang abadi.’

Ahmad Zaruq berkata,'Tasauf adalah ilmu yang bertujuan untuk memperbaiki hati dan memfokuskan hanya untuk Allah semata-mata segalanya.’Fikih adalah ilmu yang bertujuan untuk memperbaiki amal,memelihara segala peraturan dan menampakkan hikmah dari setiap hukum sedangkan ilmu tauhid adalah ilmu yang bertujuan untuk mengwujudkan dalil-dalil dan menghiasi iman dengan keyakinan,sebagaimana ilmu kedoktoran untuk memelihara badan dan ilmu nahu untuk memelihara lisan.’

Imam Junaid berkata,'Tasauf adalah berakhlak luhur dan meninggalkan semua akhlak tercela.

Di antara ulama ada yang mengatakan bahawa tasauf secara keseluruhannya adalah akhlak.Barangsiapa memberimu bekal dengan akhlak,maka dia telah memberimu bekal dengan tasauf.

Abu Hassan Asy-Syadzili berkata,'Tasauf adalah melatih jiwa untuk tekun beribadah dan kembali kepada hukum-hukum allah swt.’

Ibnu Ujaibah berkata,'Tasauf adalah ilmu yang dengannya dapat diketahui cara untuk mencapai kepada Allah swt,membersihkan batin dari semua akhlak tercela dan menghiasi  diri dengan akhlak yang terpuji.’ Awal tasauf adalah ilmu,pertengahannya adalah amal dan akhirnya adalah kurnia.

Penulis Kasyf azh-zhunun mendefinasikan tasauf sebagai ilmu yang dengannya diketahui cara manusia sempurna meniti jalan menuju kebahagian.Dia juga mendefinasikan tasauf dalam syair berikut:

          Tasauf adalah ilmu yang tidak diketahui kecuali oleh orang yang mengetahui kebenaran.Dia tidak akan dikenali oleh orang yang tidak mengalaminya dan bagaimana mungkin orang buta dapat melihat cahaya.

  Dalam buku Qawa id at-tashawwuf,Ahmad zaruq mengatakan bahawa kata tasauf telah didefinasikan dan ditafsirkan dari berbagai aspek,sehingga mencapai sekitar dua ribu definasi. Semua itu disebabkan kerana ketulusan untuk menghadapkan diri kepada Allah,yang dicapai dengan berbagai cara.

Menurut Syaikh Abdul Qadir Isa,tiang penyangga tasauf adalah penjernihan hati dari kotoran kebendaan dan asasnya adalah hubungan manusia dengan pencipta yang maha agung.Sufi adalah orang yang hati dan hubungan murni hanya untuk Allah,sehingga Allah memberinya karamah.

Dari Kitab Hakikat Tasauf.(Syaikh Abdul Qadir Isa)

Tiada ulasan: