14 Januari 2009

Hakikat Tasauf-Bab 1.(Fungsi Tasauf ii)

Hakikat Tasauf

1.Dalil Al-Quran.

Firman Allah,“Katakanlah,Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yan keji,baik yang kelihatan atau pun yang tersembunyi.”

(Al-Araf:33)

Firman Allah, “ Dan janganlah kamu mendekati perbuatan keji,baik yang kelihatan mahupun yang tersembunyi.”

(Al-An’am: 151)

Para pakar tafsir mengatakan bahawa perbuatan keji yang tersembunyi adalah dendam,riak,irihati,dan kemunafikan.

2.Dalil Hadis.

Semua hadis yang menjelaskan tentang larangan untuk dendam, sombong,riyak,dengki dan sifat-sifat tercela lainnya.Juga Hadis –hadis yang memerintahkan untuk menghiasi dengan segala akhlak yang terpuji dan melakukan muamalah dengan baik.

Abu Hurarah meriwayatkan dari Nabi saw beliau bersbda,

Iman itu memiliki lebih dari tujuh puluh bahagian,yang paling tinggi tingkatannya adalah ucapan “Tiada Tuhan selain Allah”. yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalan (yang dilalui orang).Dan malu adalah sebahagian dari iman

                                            (Hadis Riwayat dan Muslim)

Dari hadis di atas dapat difahami bahawa kesempurnaan iman sesorang diraih dengan menyempurnakan sifat-sifat yang merupakan bahagian iman tersebut.Iman akan bertambah jika sifat-sifat tersebut bertambah,dan akan berkurangan jika sifat-sifat tersebut berkurangan.Penyakit-penyakit batin cukup untuk menggugurkan amal-amal seseorang meskipun banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan